Aisya

Buat semangatku yang semakin menjauh,
Kembalilah…
Kerana aku sangat-sangat perlu kamu tika ini.
Jenuh aku berlari mencari,
Penat aku berfikir sendiri.

Ke mana kamu???
Pergi tanpa pesan,
Menghilang tanpa ulasan,
Tanpa janji, bahawa kau akan kembali.



Semangatku,
Kenapa semakin menjauh?
Adakah kerana rajuk, atau kau sendiri sudah tidak betah bersamaku?
Kembalilah semangatku,
Aku perlu kamu.

Tanpamu aku hilang punca.
Mungkin kau lihat aku masih berdiri,
Tapi hakikatnya, diri ku tak tegak,
Goyah, seakan hampir rebah.

Tolong…
Jangan biar aku rebah,
Kerana perjalanan ini telah jauh aku redah,
Jangan biar aku goyah,
Walau terpaksa kenal erti payah.

Duhai semangatku,
Mari temaniku,
Terus bersamaku.

Iringi aku terus ke garisan penamat itu.
Kembalilah…..
Berjuang bersamaku.
Labels: , | edit post
1 Response
  1. BitsBest Says:

    ya KGS akan support u...
    berjuang dan terus berjuang my frend..:) Hidup KGS...hahaha