Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini...
Tetiba tertarik dengan rangkap lagu "Tanya sama itu hud-hud"nyanyian M.nasir.
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat sesuatu dari mata burung, open minds dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
Rangkap seterusnya menceritakan kekalutan yang timbul. Kenapa ia timbul? Kerana peraturan yang sewajarnya tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia itu sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!" Di dunia yang penuh kalut ini.
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)