Sedang menimbang tara adakah perlu ku tutup blog ini?? Why?? Kerana ku tahu adakala apa yang cuba ku sampaikan melalui blog ini sudah disalah ertikan dan post yang ku tulis mengundang persoalan yang sangat banyak dan membenarkan orang-orang lain membuat telahan dan kesimpulan sendiri.
Bila dibelek2 semula semua entri didalam blog ini…ku sangat yakin dan sangat pasti tiada satu pun nama pernah kucoretkan di setiap cerita ku atau di setiap puisi2 sengal ku. Namun kenapa ada yang cuba menamakan sendiri??? Pastikah dengan jawapan itu??? (Hmm…mayb silap ku jugak kerana tak pernah menamakan sesiapa)
Suatu masa dahulu itu Encik WPP pernah berkata : “jangan orang susah pasal kita…biar kita susah pasal orang” ku pegang nasihat itu dari dulu. Seboleh mungkin ku cuba agar tidak menyusahkan orang lain. Tapi sekarang tidak lagi. Ku ingin tukar konsep itu. “biar orang susah pasal kita…jangan kita susah pasal orang” . Malas nak ambik kisah da…biarlah orang-orang lain sibuk dan bersusah payah membuat kajian, penyelidikan dan berbahas tentang diriku. Aku tetap aku…meneruskan kehidupan seperti biasa. Menulis blog seperti sedia kala. Ku sudah terlalu penat...
well jgn tutup blog ni my dear...
persetan ape org nak kata :) yang penting kita tahu siapa diri kita..
klu u tutup,xdapat ler i baca bahasa2 u yg cukup indah nih...:( at least nanti u bleh jadi guru bahasa i...