Aisya
Telefon berbunyi ring…ring..ring
Ku lihat hp ku dan tertera “mum hp”…. Huh?? Nape call subuh2 ni?

~sembang-sembang di dinihari dlm bahasa kebangsaanku~ (^_^)

Me:Salamualaikum…. Mak sehat? Tengah buat ape? Dah makan belum? Hari ni makan ape? Baru teringat nak telipon. (huhuhu…taktik lama sebelom kena marah...sbb dah agak lama ku tak telifon mak)

Mak:W’salam. Alahamdulillah sehat. Eh ingat lagi ada mak. (dussh…..tembakan pertama dilancarkan....alahai emak begitu sinis skali...huhu). Senyap sunyi je?

Me: Ala sorry le mak. Bukan tak mboh telipon , Cuma akhir2 bizi sket. Tapi org selalu tanya khabar mak pada kak lyn masa dok chating.

Mak: Ho la tu. Tanya ke kak watpo…mak ni rindu nak dengar sogho anak2. (dush..dush..kan mak dah kecil hati..tina..tina...ish) Balik dak minggu ni?

Me:Erm…dok kot. Minggu ni ada kenduri kawen member opis. Kat tapah tapi kitorang gi Cameron Highland dulu.

Mak:Hah molek la tu, lepas kenduri balik kg terus.

Me:Dok leh la. Org tido sana. Sampai ahad. Gi naik bas rombongan satu opis.

Mak:Hmmm…asyik dok gi kenuri kawan je. Kenduri sendirinye bile? (aduyai.…mak dah mula dah....)

Me: Tu lah…hari tu Abang anuar kata nak jumpa mak. Tapi dia pun bizi jugak. Dia tengah cari masa sesuai nak jumpa.

Mak: Haih…Abang Anuar mana pulak ni? Bukan kak lyn kata nama dia ******* ke? (haa…my kakak bagitau mak??…ciss..siapla kakak) Ish…ramai sangat ni. Hat mana satu? Jangan dok main. Dia nak mari bila? (panic nyer mak)


Me:Anuar Zain la mak. Dia kata bila “free” dia ikut orang balik la (dengan nada serius)

Mak:Budakkk ni!!! Bertuah! Eiiii....Tak berubah-ubah dari kecik sampai besar. Berangan je lebih. main-main.....bla..bla..n bla… (panjang sangat....penat nak taip dan dalam bahasa yang ku sendiri pun kadang2 tak paham..…huhuh)

Untuk seketika ku menjadi pendengar yang sangat setia. Takder ruang nak mencelah...huhuhu. Diantara leteran-leteran mak itu atau nasihat sebenarnya ada yang begitu menyentuh hati. Biarlah ku simpan sendiri. Di akhir kata mak akan akhiri dengan kata-kata yang dah boleh ku hafal.

Mak: Jaga diri molek, jaga makan, jangan biar perut kosong, jangan makan daging banyak sangat…riso darah naik…jangan….jangan..dan jangan… Nak tido kunci pintu, nak keluar rumah tu baca bismillah...nak itu… begitu…nak ini… begini……………lagi…..lagi……dan lagi..hello…dengar tak mak cakap ni?

Me: Yer … dengar. Baiklah (Jawapan ku ringkas dan padat)

Mak: Jangan dengar je, buat ape mak cakap tu?

Me:Yer, orang kan dah besar. (mencari kepastian dalam kata-kata itu…yer ke dah besar tapi adakala peringatan-peringatan sebegitu sangat bermakna kerana manusia sering terlupa...aku la tu…huhuhu). Mak, orang nak ucap selamat hari ibu. Moga mak panjang umur, sihat selalu, happy selalu, muda selalu dan dapat menantu kaya raya. Hehehe…sayang mak. Jangan nakal-nakal tau. Bila mak nak makan nasi minyak?? (“haih…budak nih” – kedengaran jeritan halus di hujung sana) Hehehe….

Setelah letak telifon termenung seketika. Teringatkan mak, teringatkan arwah ayah, teringatkan zaman budak-budak….teringatkan kampung halaman…

Mak selalu hadir dalam masa yang sangat tepat. Di masa-masa aku kecelaruan. TQ Mak…akan dipenuhi segala nasihat-nasihat itu. Cuma kadangkala ada beberapa keinginan mak itu di luar kawalan ku.

Buat ibuku Zam Rabiah @ Saadiah Jerais
Yang selalu risaukan aku
Yang selalu pening-pening keranaku
Dengarkan lagu ni khas buatmu….

Letih terlihat diwajah yang tua itu
Tertidur pulas dalam alunan gelap malam
Dibalik senyummu teduhkanku
Terbayang potret kala engkau masih muda
Ajarkan sebuah kata cinta dalam hidup
Kekuatan kasihmu nyata pulihkan jiwaku yang kadang goyah

Reff :
Pesonamu masih jelas kurasa hingga kini
Menemani hingga ku dewasa
Derai airmata dan pengorbananmu takkan tergantikan
Trima kasih ibu..

Waktu cepat bergulir
Sisakan banyak kisah
Dia yang kau cintai tlah lama meninggalkan dirimu sendiri
Namun tetap kau berdiri tegar pada dunia

Pesonamu masih jelas kurasa hingga kini
Menemani hingga ku dewasa
Derai airmata dan pengorbananmu takkan tergantikan
Trima kasih ibu..



Note
Watpo - Kenapa
Geno – Macam mana
Mboh - Mahu
Sogho -
Suara
Molek –
Elok-elok
Hat-
Yang
Mari -
Datang
Riso-
Risau
Labels: | edit post
1 Response
  1. dok=tak
    tina.. u mmg kelakar...