Showing posts with label cerita hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label cerita hujung minggu. Show all posts
Aisya
Setelah beredar dari rumah pengantin maka bermula cerita jalan-jalan suka hati oleh group lady gagap...ngeh3x...

1st Destinaton : PCB



Cuba teka milik siapakah bayang-bayang ini?

Sangat indah pemandangan di tepi laut. Fin & sue siap main layang2 lagi. Punya excited ngalahkan budak2 kat situ. Xpelah kasi can budak bandar main layang2. Kitorang pun leh tumpang sekaki.




Setelah penat bermain layang2....perut pun sudah berbunyi-bunyi, so times to isi perut sekarang. Makan ringan-ringan je untuk alas perut.


Terbuntang mata minah ni. Semua benda nak ambik.

Setelah puas di PCB, next destination adalah kedai makan Chim Chum (me sebut cium-cium..heh) Makan lagi....huhuhu. Actually me & fin (+ deq non + dak ain) pernah datang kedai makan ni masa kenduri nashuhada dulu. Makanannya sangat2 lah sedap. Sebab itu datang lagi. Lagipun sue & k.fizah belum pernah makan...so bawak diorang rasa. (wah tetiba promote kedai ni, boleh dapat royalti tak???) . Lupa-lupa ingat lokasi kedai ni akhirnya jumpa juge. "Food Village" nama kedainya. Makanan ala steamboat dan bakar. mmmm....yummmy.




Me adalah orang yang paling banyak makan malam tu. Cam ada bela jin plak dalam badan. Paling best makan daging. Siap bertambah-tambah. Hmm...sudah hilang pantang larang. Biar aje...xde sape larang.

Lepas makan next destination : Wakaf Che Yeh. Times to shopping2 & menjamu mata. Shopping ala kadar sahaja di situ.
(tapi sempat la jugak gaduh-gaduh dengan tokey kain...gara2 silap harga....huhuhu) .

Kol 12 lebih, baru balik semula ke hotel. Semua orang sudah sangat penat dan kekenyangan. Sampai hotel bestnya ada parking kosong betul2 depan hotel. Akan tetapi... tertulis di situ "Zon Kunci Tayar". Aduyai...malasnya ku nak parking kat lorong belakang. Lagipun takut pun ada. Gelap sangat lorong belakang tu. Setelah berfikir, maka mengambil keputusan untuk parking je di situ. Lagipun esok pagi-pagi dah nak chek out. Mesti diorang tak sempat nak saman. Semua orang pun setuju. Sampai bilik terus zzzzz.....dengan nyenyak sekali.

Esoknya check out lebih kurang kol 10.30 pagi. Sampai je di kereta.....tadaaaa... (bunyi muzik)




Huhuhu....kasihan nyer Mr QQ.... kena clamp. Waktu saman 10.00 pagi. Alahai... terlewat sikit je. Denda RM ratus, aduyai...banyaknyer....isk..isk.. Ramai betul orang yang melihat kereta ku bagaikan ada pesta di situ sedangkan me & lain2 hanya tersenyum2 sumbing dan buat2 poyo cam takder pape masalah sambil mengambil gambar. huk..huk..huk.. (i dont like this)

Apa nak buat, terpaksalah menapak ke MP** untuk setelkan bayaran. Sib baik tak jauh dari hotel. Sib baik juga sue ada kawan yang keja di MP** tu. (TQ yer kawan sue....di atas pertolongan anda)


Aksi Sue sedang membayar saman
Pabila dah setel, next destination : patutnya Pasar Siti Khatijah. Tapi disebabkan kena saman + jem + susah nak cari parking, semua orang batalkan hasrat tu. We all terus ke Pengkalan Kubor. Shopping2 dan menjamu mata hingga ke pukul 2 lebih.



Budak bandar ni cam pelik je tengok makanan tu.

Last destination - rumah sue untuk makan tengahari. Mak sue masak memang sangat sedap. Siap bungkus bawak balik KL. Setelah solat & rileks2 sekejap, kol 4.30 petang baru bertolak balik ke KL.


Me drive hingga ke Gua Musang. After that Fin mengambil tugas untuk memandu pulang pada malam itu & me hanya tido dengan senang hati di belakang (dalam hati tetap berdoa....agar selamatkanlah perjalanan ini, jangan lah fin membuat aksi giler2 nyer...huhuhu) Akhirnya....lebih kurang kol 1 pagi (lambat sebab jalan jem) , semua selamat sampai ke KL. Amin.

Cerita jalan2 suka hati ini tidak tamat di sini, ia akan bersambung ke negeri lain pula selepas ini. (^_^)
Aisya
Destination : KB- Ketereh

Mission : Meraikan Walimatulurus
Transport : My L
ovely Mr. QQ
Group : Lady gagap huhuhu.. (Fin sharkfin, sue, m
ak aji aka kak fizah & of course Me)



Bertolak seawal 9.00 pagi (sepatutnya kol 7.00 pagi …tapi jadi tak patut sebab beratnya nak buka mata & nak bangun dari bantalku yang empuk tu). Kesan daripada kelewatan itu makanya ku terpaksa menahan telinga mendengar bebelan daripada fin & sue selama beberapa minit....huhuhu. (redha jelah, sebab salah sendiri kan....sorry yer kengkawan). Setelah puas mereka melontarkan hujah2 amarah...maka perjalanan ke KB pun diteruskan.


Perjalanan yang tenang dan best. Tanpa rasa ngantuk & tanpa alkohol. Turut di sulami lawak2 sengal dan adegan2 yang kurang sesuai untuk tontonan umum membuatkan perjalanan sangat menggembirakan. Sebenarnya agak berat juge tugasku ini kerana membawa isteri2 orang dan anak orang. Ditambah dengan pesanan sebegini daripada suami orang tu "azni...jaga isteri i baik-baik yer" huih ...stres2x. Kalau seorang diri takder masalah, boleh pecut selaju mungkin.

Setelah beberapa KM dan beberapa jam melalui onak dan duri dan walaupun GPS di sebelah ku tak berapa nak berfungsi, asyik silap jalan aje...(ngeh3x...jangan marah), akhirnya ku & d'geng sampai juga ke destinasi dengan jayanya. Sampai KB petang-kol 5 lebih dan terus check in.

Malam keluar makan2 di wakaf che yeh-yeh (sila buat intonasi suara kumpulan Amuk ye...he3x). Makan bersama Pak Aji (bukan nama sebenar) + Muiz + Nani + pengantin baru. Lepas makan pegi rumah sue hantar barang. Balik semula ke hotel dah kol 12 lebih & terus zzzz….dengan nyenyaknya. Kerana ku sangat kepenatan.



Esok pagi – berehat2 sahaja di hotel sementara Mak Aji dan Pak Aji gi shopping di pasar Khatijah. Kol 1 baru bergerak pergi ke rumah pengantin di Ketereh. Sampai2 je kat rumah pengantin terus menikmati makanan yang sangat lazat. Kemudian dengan sabar menunggu ketibaan pengantin baru. Beberapa jam kemudian...akhirnya pengantin muncul dengan wajah ceria.








Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -



Tahniah kepada pengantin dan TQ kepada tuan rumah terutama mak pengantin yang sangat mesra melayan tetamunya.

4.30 petang : Mission complete. Ku & kengkawan lain mula beredar untuk meneruskan mission yang lain. Mission jalan-jalan cari pakwe...opsss...jalan2 suka hati. Sampai di sini sahaja buat masa ini. To be continue...(^_^)



Aisya
Theme:
Our Malaysia Our World

Venue:
Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor

Date:
5th - 6th June 2010

Activities:
Mini explorace
jungle Trekking
Flying Fox
Singing, Dancing, Acting






Aisya


Cerita yang sangat best. Ianya tentang masa...kalau dapat ku undurkan masa alangkah bagusnya. Tengok cerita ni takkan rasa rugi pun. (^_^)
Aisya
Ermm…dah agak lama berehat dan tak update my blog (kalau tengok post sebelum ni berehat seketika sahaja....ni da hampir beberapa ketika dah ni). Kenapa? Kerana penyakit M A L A S melanda dan kerana xde feel untuk bercerita. Sebab lain kerana ku pergi bercuti 2-3 hari ni. Percutian yang tak dirancang pun. Percutian yang secara tiba-tiba dan akhirnya sedar-sedar ku dah sampai di sana.

Jauh dari kesibukan bandaraya. Jauh dari internet, fesbook dan blog. Jauh dari semuanya yang sesak, lemas, cemas dan rimas (agak melampaukan penggunaan ayat ni...huhuhu). Di sana ku lihat panorama yang sangat indah, yang chantek, sejuk saujana mata memandang….lantas terus kujatuh chinta dan menghilangkan rasa gundah di dalam hati.

Hmm…biarlah gambar berbicara kali ini ape aktiviti ku buat dihujung minggu yang lalu. (^_^)

---------------------------------------------------------------------------
Di hentian ini ku berhenti


Di hentian ini ku berhenti
Melepaskan rasa lelah di hati
Melepaskan rasa kusut dalam diri
Melepaskan segala yang tersimpan rapi


Di hentian ini mata ku salju
Melihat lautan yang membiru
Gelora badai tak kira waktu

Di hentian ini hatiku damai
Melihat kehijauan alam
Begitu indah ciptaan tuhan


Di hentian ini jiwaku tenang
Laksana burung yang bebas terbang
Tak kira malam atau siang




Dan di hentian ku berhenti.......Agar ia menjadi saksi
Ku noktahkan segalanya di sini .... (^_^)


-----------------------------------------------------------------------

Bila Langkah Terarah Lagi

(Puisi nukilan Fiya)



Kalau dulu ku titipkan seloka luka

Kini ku lambaikan senyum bahagia
Mengiringi rentak tari pahlawan
Tika langkah mulai memisah
Tapi rentak hati kita
Terpalu oleh gegar yang menghambat
Mengisi raksa dalam setiap relung jiwa
Menutup ruang hati dari menduka lara


Ingatlah ...
Di pentas mana pun kita menari
Tari kita tari asli
Asli nya tari gentayangan
Bijaklah mengatur budi
Mimpi kita bukan hanya angan-angan

Atas nama cobaan yang mematangkan
Kita berdiri lebih tinggi dari kalangan
Atas nama cinta yang menghangatkan
Kita siap lebur lagi dalam kedinginan
Bukankah ini satu kemaslahatan

Menyatulah wahai hati-hati yang tenang
Sertakan ruku’mu dengan keta’atan
Sembahkan sujud mu dalam barisan
Artikan syukurmu dengan keikhlasan
Relakan badai menggoncang
Biarkan anjing menggonggong
Toh yang mereka ada cuma omong kosong

Tari kita tetap lincah
Walau kita tak lagi dekat
Hati kita tetap melekat
Melabuh amanah di lain muara
Menyambung gerak tari di pentas dunia


Dulu ku titipkan seloka luka

Kini ku lambaikan senyum bahagia

Bila langkah terarah lagi

Itulah tanda pentas kita lebih tinggi..



Raja dihilir tongkatnya sakti
Sakti berasal dari kayangan

Memacu gerak perwira bakti

Memasung waktu buat tantangan

Salam disambut kuhulur tangan

Tanda ikatan tak pernah renggang

Sandarkan indah pada kenangan

Sampai ketemu di lain gelanggang



Aisya
Pernah rase bosan tak bila takde keje kat umah duduk melangut je pastu bila bangun tidur terus memandang atap dengan mata yang berkedip-kedip lalu berkata, "Ape aku nak wat hari ni?".

Erm..! Sah sape-sape yang rasa camtu tengah dying kebosanan.


Tengok tv takde siaran menarik. Adapun Melodi tapi lambat lagi. Nak keluar bermalas-malasan pulak ditambah takder geng nak keluar. Semua kengkawan ku keje hari ni. Basuh kain sudah + jemur + lipat + gantung dan tersusun indah.

Nak kemas rumah udah berkilat lantai sampai boleh buat cermin muka. Nak buat kek, kena pinjam oven. Nak tanam bunga takde pasu lagipun ada mat-mat indon tengah renovate rumah sebelah…nanti kena ngurat pulak. Nak jalan2 cari pasal nanti tak pasal-pasal kena lagi. Nak membeli belah poket tengah kering. Aaaaah! Ku akan mati kebosanan!!


So, ape nak buat ni?

Agenda hari ini:

- Habiskan baca novel (dah lama...tak habis2 lagi)
- Buat minit mesyuarat minggu kualiti (uii…tu pun nak bagitau komited la konon2nyer)

- Check email
- Check friendster
- Check facebook
- Update blog
dan memulakan sesi jelajah minda membaca karya-karya blog yang berbagai- bagai ragam dan fill.
- Menonton movie Iron Man / IP Man (yang ni bergantung kepada tahap kerajinanku)
- Menghabiskan kerja-kerja untuk ASPEN-> cari maklumat untuk School Holiday Program 4

Hmm…agak banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat rupanya. Dan baru ku terasa rumah adalah tempat yang sangat best untuk beristirehat. Dan dalam keadaan yang tenang begini juga membolehkan ku berfikir dangan tenang. Mententeramkan diri sendiri dan memandang positif sahaja tiap kejadian yang berlaku pada diriku.

Setiap perkara ada jawapannya. Dan jawapan itu pula dari sumber yang sangat pasti kebenarannya.



-----------------------------------------------------------------
KENAPA AKU DIUJI?

Quran Menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN

Quran Menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Quran Menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat: 286)

KENAPA RASA KECEWA?

Quran Menjawab :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Quran Menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat: 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Quran Menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " (Surah At-Taubah ayat: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Quran Menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

Quran Menjawab :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat: 12)

At the end…ku hanya tersenyum… (^_^)


Aisya

Menonton filem terbaru Dream Works Animation, How To Train Your Dragon membuat hati begitu teruja dengan kecomelan dan kehebatan jalan cerita yang digarap tanpa menimbulkan kebosanan di hati. Ditambah tengok dalam versi 3D, terasa sangatlah excited. Siapa yang dah tengok cerita ini dan setuju dengan saya sila angkat keyboard tingi-tingi… ngeh...ngeh...ngeh . Terasa nak membela seekor dragon la lepas ni. ;)

Jika dilihat secara kasar filem ini sama saje dengan filem animasi yang lain. Temanya sangat klise tapi sangat berkesan. Meskipun filem ini bukan filem rohani, namun secara tidak sengaja saya melihat pesan rohani di dalamnya. Banyak perkara yang boleh dipelajari melalui filem ini jika diterokai secara halusnya.

Sedikit sinopsis cerita ini

Filem ini diadaptasi daripada buku Cressida Cowell. Ia mengisahkan seorang remaja Viking, Hiccup (Jay Baruchel) adalah dari kalangan Viking yang hidup dengan memburu naga dan diketuai ayahnya sendiri, Stoick the Vast (Gerald Butler).

Sebagai anak seorang ketua pemburu naga, tentu sekali semua berharap agar Hiccup menjadi orang yang kuat. Namun harapan itu tidak menjadi kenyataan. Kerana Hiccup adalah seorang anak yang punya keperibadian yang lemah lembut, tidak garang seperti ayahnya.

Semua orang mengatakan pada Hiccup, bahawa dia harus menjadi orang lain yang bukan dirinya. Seorang anak yang berotot dan gagah yang mampu membunuh naga, dan bukannya anak laki-laki kerempeng yang tidak mempunyai apa-apa. Dengan begitu, barulah dia akan dihargai oleh bangsanya, bangsa pembasmi naga.

Hmm…tentu sekali kita tidak akan mengharapkan seorang anak laki-laki kecil kerempeng, yang mengangkat perisai pun sangat susah, akan mampu menundukkan seekor naga kan? Tapi Hiccup melakukannya. Bukan dengan otot, namun dengan otak. Hiccup punya cara lain untuk mengalahkan dan menundukan sang naga.

Cara ape ye??? Yup…dengan pendekatan kasih sayang. Dan dengan rasa kasih sayang itulah, Hiccup dapat menyelami perilaku seekor naga. Semuanya bermula apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang dicederakannya yang kemudiannya menjadi sahabat baik dan dinamakan Toothless. Naga yang selama ini disangka jahat dan liar sebenarnya adalah makhluk yang manja. Hiccup bagaimanapun berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah oleh puaknya adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.

Pengarah, Chris Sanders dan Dean Deblois cukup bijak mengadunkan elemen hati dan perasaan di dalam filem ini sehingga dirasakan perhubungan yang wujud antara Hiccup dan Toothless seakan-akan hidup. Saya cukup teruja melihat keletah Toothless yang cukup comel namun bertukar ganas apabila Hiccup kesayangannya berdepan kesukaran. (Hmm..bestnya kalau ada org protect me cenggitu)

Dipendekkan cerita… penghujung cerita ini berlaku aksi pertempuran Toothless dan Hiccup dengan naga raksasa. Hiccup bersama Toothless akhirnya menjadi wira apabila berjaya menumpaskan naga raksasa tersebut.

Ok, saya tak mahu bercerita lebih...kena saksikan sendiri cerita ni. Anyway...diantara pesan rohani dalam cerita ini yang saya sempat rumuskan ialah berkenaan :

Jati diri

Jati diri Hiccup, di saat dia dipaksa untuk tidak menjadi dirinya sendiri agar orang-orang menyukainya, dia tetap berperdirian teguh menjadi diri sendiri dan akhirnya dia mampu membuatkan orang-orang ini kagum dengannya.

Berapa banyakkah dari kita yang tetap mempertahankan jati diri ditengah linkungan pengaruh masyarakat sekeliling yang sangat kuat? Tidak banyak kan. Kenapa? Tentu sekali, karena untuk mempertahankannya sangat sukar. Ia tidak mudah untuk tetap mempertahankan prinsip, apalagi menjadi diri sendiri dalam kehidupan nyata kita, apalagi disaat kita dihadapkan pada kenyataan yang pahit. Jadi, tema seperti ini tentu saja mampu memberikan semangat dan kekuatan kepada saya agar “tetap menjadi diri sendiri tak kira apa sahaja yang berlaku dalam hidup dan jangan biarkan keadaan sekeliling dan orang sekeliling mempengaruhi hidup”

Kasih sayang - mampu mengubah segalanya. Yang penting memahami dan menyelami

Patuh kepada pemilik.

Awal-awalnya saya agak bingung kenapa Toothless dan naga2 yang lain menentang dan ingin menumpaskan sang naga raksasa…..padahal sebelum itu kesemuanya patuh kepadanya, malah mecari makanan kepada naga raksasa tersebut? Apakah kerana takut? Jika takut kenapa naga2 ini tidak lari sahaja ke tempat lain.Lagipun jumlah naga2 itu kan sgt banyak jadi tentu sahaja boleh menumpaskan sang naga raksasa dengan mudah. Kenapakah begitu?

….Hmmm…akhirnya saya mendapat jawapannya. Ooh…Ye kerana naga2 ini tidak punya pemilik.! Bila tiada pemilik, maka naga2 ini hanya menurut dan berada di bawah kekuasaan sang naga raksasa yang jahat itu. Tidak ada seorang pun yang bisa mengarahkannya, memberinya kekuatan di saat-saat lemah, dan melatihnya. Yang pasti….yang lemah senantiasa akan tunduk pada yang kuat.

Namun ia berubah pabila Hiccup muncul, Hiccup misalnya memberi sirip tambahan di ekor Si Toothless, agar dia bisa terbang lagi, memberinya makan setiap hari, dan mengembangkan kemampuannya, berkali-kali dari yang dia fikir dia mampu lakukan. Akhirnya si Toothless menjadi sang naga yang begitu pantas dan hebat.

Begitu jua manusia, seandainya manusia tak punya pemilik maka bagaimana? Bukankah kita ini sama saja seperti Si Toothless, seekor binatang yang tidak tahu apa-apa, dan hanya bisa berkembang apabila ada pemilik yang melatih kita? Tentu saja kita bukan binatang, kita manusia, tapi Tuhan kan pemilik kita? Tentunya bagi setiap orang yang percaya, tidak akan menyangkal pernyataan saya ini.

Hiccup memulihkan badan si naga agar bisa terbang lagi, dan bukankah itu yang terjadi juga pada setiap manusia? Pada saat kita menyerahkan diri padaNya, Dia akan memulihkan kehidupan kita yang hancur, atau sisi-sisi buruk dalam diri kita, dan memampukan kita "terbang" lebih tinggi lagi. Tanpa Hiccup, Si Toothless tidak bisa terbang, dan kalaupun bisa, dia akan selamanya berada dalam kekuasaan si naga raksasa, karena dia tidak tahu bagaimana caranya mengembangkan kemampuan agar bisa melawan si naga raksasa. Begitu jua manusia, jika tiada Pemilik yakni Yang Maha Kuasa maka kita akan senantiasa tunduk kepada kuasa yang kuat. (kuasa jahat pastinya)

Sama seperti si Toothless yang akhirnya mampu mengalahkan si naga raksasa,saya juga percaya kita akan bisa mengalahkan kuasa jahat dalam diri kita, karena seperti si Toothless yang memiliki Hiccup, kita juga memiliki yang Maha Kuasa. Dialah yang akan membentuk kita, mengembangkan kemampuan kita, menjadikan kita hebat, mengubah kita menjadi "seseorang" dengan kuasa kasihNya.