Aisya
Setelah beredar dari rumah pengantin maka bermula cerita jalan-jalan suka hati oleh group lady gagap...ngeh3x...

1st Destinaton : PCB



Cuba teka milik siapakah bayang-bayang ini?

Sangat indah pemandangan di tepi laut. Fin & sue siap main layang2 lagi. Punya excited ngalahkan budak2 kat situ. Xpelah kasi can budak bandar main layang2. Kitorang pun leh tumpang sekaki.




Setelah penat bermain layang2....perut pun sudah berbunyi-bunyi, so times to isi perut sekarang. Makan ringan-ringan je untuk alas perut.


Terbuntang mata minah ni. Semua benda nak ambik.

Setelah puas di PCB, next destination adalah kedai makan Chim Chum (me sebut cium-cium..heh) Makan lagi....huhuhu. Actually me & fin (+ deq non + dak ain) pernah datang kedai makan ni masa kenduri nashuhada dulu. Makanannya sangat2 lah sedap. Sebab itu datang lagi. Lagipun sue & k.fizah belum pernah makan...so bawak diorang rasa. (wah tetiba promote kedai ni, boleh dapat royalti tak???) . Lupa-lupa ingat lokasi kedai ni akhirnya jumpa juge. "Food Village" nama kedainya. Makanan ala steamboat dan bakar. mmmm....yummmy.




Me adalah orang yang paling banyak makan malam tu. Cam ada bela jin plak dalam badan. Paling best makan daging. Siap bertambah-tambah. Hmm...sudah hilang pantang larang. Biar aje...xde sape larang.

Lepas makan next destination : Wakaf Che Yeh. Times to shopping2 & menjamu mata. Shopping ala kadar sahaja di situ.
(tapi sempat la jugak gaduh-gaduh dengan tokey kain...gara2 silap harga....huhuhu) .

Kol 12 lebih, baru balik semula ke hotel. Semua orang sudah sangat penat dan kekenyangan. Sampai hotel bestnya ada parking kosong betul2 depan hotel. Akan tetapi... tertulis di situ "Zon Kunci Tayar". Aduyai...malasnya ku nak parking kat lorong belakang. Lagipun takut pun ada. Gelap sangat lorong belakang tu. Setelah berfikir, maka mengambil keputusan untuk parking je di situ. Lagipun esok pagi-pagi dah nak chek out. Mesti diorang tak sempat nak saman. Semua orang pun setuju. Sampai bilik terus zzzzz.....dengan nyenyak sekali.

Esoknya check out lebih kurang kol 10.30 pagi. Sampai je di kereta.....tadaaaa... (bunyi muzik)




Huhuhu....kasihan nyer Mr QQ.... kena clamp. Waktu saman 10.00 pagi. Alahai... terlewat sikit je. Denda RM ratus, aduyai...banyaknyer....isk..isk.. Ramai betul orang yang melihat kereta ku bagaikan ada pesta di situ sedangkan me & lain2 hanya tersenyum2 sumbing dan buat2 poyo cam takder pape masalah sambil mengambil gambar. huk..huk..huk.. (i dont like this)

Apa nak buat, terpaksalah menapak ke MP** untuk setelkan bayaran. Sib baik tak jauh dari hotel. Sib baik juga sue ada kawan yang keja di MP** tu. (TQ yer kawan sue....di atas pertolongan anda)


Aksi Sue sedang membayar saman
Pabila dah setel, next destination : patutnya Pasar Siti Khatijah. Tapi disebabkan kena saman + jem + susah nak cari parking, semua orang batalkan hasrat tu. We all terus ke Pengkalan Kubor. Shopping2 dan menjamu mata hingga ke pukul 2 lebih.



Budak bandar ni cam pelik je tengok makanan tu.

Last destination - rumah sue untuk makan tengahari. Mak sue masak memang sangat sedap. Siap bungkus bawak balik KL. Setelah solat & rileks2 sekejap, kol 4.30 petang baru bertolak balik ke KL.


Me drive hingga ke Gua Musang. After that Fin mengambil tugas untuk memandu pulang pada malam itu & me hanya tido dengan senang hati di belakang (dalam hati tetap berdoa....agar selamatkanlah perjalanan ini, jangan lah fin membuat aksi giler2 nyer...huhuhu) Akhirnya....lebih kurang kol 1 pagi (lambat sebab jalan jem) , semua selamat sampai ke KL. Amin.

Cerita jalan2 suka hati ini tidak tamat di sini, ia akan bersambung ke negeri lain pula selepas ini. (^_^)
0 Responses