Aisya
Pernah rase bosan tak bila takde keje kat umah duduk melangut je pastu bila bangun tidur terus memandang atap dengan mata yang berkedip-kedip lalu berkata, "Ape aku nak wat hari ni?".

Erm..! Sah sape-sape yang rasa camtu tengah dying kebosanan.


Tengok tv takde siaran menarik. Adapun Melodi tapi lambat lagi. Nak keluar bermalas-malasan pulak ditambah takder geng nak keluar. Semua kengkawan ku keje hari ni. Basuh kain sudah + jemur + lipat + gantung dan tersusun indah.

Nak kemas rumah udah berkilat lantai sampai boleh buat cermin muka. Nak buat kek, kena pinjam oven. Nak tanam bunga takde pasu lagipun ada mat-mat indon tengah renovate rumah sebelah…nanti kena ngurat pulak. Nak jalan2 cari pasal nanti tak pasal-pasal kena lagi. Nak membeli belah poket tengah kering. Aaaaah! Ku akan mati kebosanan!!


So, ape nak buat ni?

Agenda hari ini:

- Habiskan baca novel (dah lama...tak habis2 lagi)
- Buat minit mesyuarat minggu kualiti (uii…tu pun nak bagitau komited la konon2nyer)

- Check email
- Check friendster
- Check facebook
- Update blog
dan memulakan sesi jelajah minda membaca karya-karya blog yang berbagai- bagai ragam dan fill.
- Menonton movie Iron Man / IP Man (yang ni bergantung kepada tahap kerajinanku)
- Menghabiskan kerja-kerja untuk ASPEN-> cari maklumat untuk School Holiday Program 4

Hmm…agak banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat rupanya. Dan baru ku terasa rumah adalah tempat yang sangat best untuk beristirehat. Dan dalam keadaan yang tenang begini juga membolehkan ku berfikir dangan tenang. Mententeramkan diri sendiri dan memandang positif sahaja tiap kejadian yang berlaku pada diriku.

Setiap perkara ada jawapannya. Dan jawapan itu pula dari sumber yang sangat pasti kebenarannya.



-----------------------------------------------------------------
KENAPA AKU DIUJI?

Quran Menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN

Quran Menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Quran Menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat: 286)

KENAPA RASA KECEWA?

Quran Menjawab :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Quran Menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat: 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Quran Menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " (Surah At-Taubah ayat: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Quran Menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

Quran Menjawab :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat: 12)

At the end…ku hanya tersenyum… (^_^)


2 Responses
  1. BitsBest Says:

    oit makcik...ade org wat jemptn x mlm nih?suprise hari minggu for someone?hehehe...as a planning.dont forget eh....on time ya babeh!


  2. tina Says:

    ui...jangan le komen kat sini. tak kena langsung dengan entri. komen2 di sini haruslah yang membina sahaja. Hal2 lain sila msg hp ok...