Entah bila lelaki ini hadir dalam hidup seorang aku. Hadir di kala aku dalam kekosongan. Lelaki ini yang kukenal sekian waktu. Namun sangat jarang berbicara. Sekadar hai-hai dan bye-bye. Sepatah dia bertanya…sepatah jua jawapanku. Tiada apa pun yang menarik tentang lelaki ini. Dia orang yang asing bagi ku. Sangat asing…terlalu asing.
Tetapi keadaan mulai berubah. Entah bila dan entah bagaimana ia bermula. Permulaan yang secara tiba2.
Dia : askum aznitina, wat pe? Jom kua mkn n cr brg nak g …. lau sgn ajak la …
Me : hubby dia blk la. U nk g beli kt mana?
Dia : jom g balakong ke nak g kl?
Me : kl kat mana? I xkisah mana2 pun. U nak dtg bik I ke?
Dia : lau u nk I dtg ambik u la. I kat srdg ni. Br lik opis. I nk cari track suit n beg galas.
Me : I pun nk cr beg jugak. G balakong je la eh. U bik I, tp I lom siap ni.
Dia : I dtg bik u la. Kul brapa u siap?
Me : 8.30 ok?
Dia : okay , t I dtg
……………….
Dia : u ada duit x? nak pinjam leh. Emergency. I kat srdg, nk dtg skrg leh?
Me : Nak pinjam brape? (sambil risau dlm dompet betol2 ada 50 je ni)
Dia : I nk pinjam 50 iggt leh?
Me : (lega) Boleh, datang lah.
Dia : U, thank a lots tau. Jasamu dikenang.
Me : Everything 4 u. berkenalanlah ngan member I tu. I suh dia layan u 1st class.
Dia : Yg bdn bsr tu ke? Ixnak org len, nk u je. Hhuhuh. Member I okay. Luka n lenguh badan je.
Me : Haah. Namanya yani. I suh dia layan member u je, bkn u.
Dia : I dh sampai umah da ni. Td I tepikir u je nk mtk tlg. Sib baik u ada kat umah. Lau x tak tau sape
Me : Ye ke? Ha lps ni u pikir I je lah. Xyah piker org len tau...
………………..
Dia : Salam tgh wat ape?
Me : I ngan member I kat astro.
Dia : Owh, tgk konsert ek. I dpt gak pas tp mls nak pegi. Lambat g la u lik ek?
Me : U ada pas? Dtg la, I tunggu sini.
Dia : okay gak.Ti i dtg ngan kawan i. jumpa kat sana ek
………………
Then the happiness goes on…. :))
Yang jarang menjadi kerap. Yang asing menjadi mesra. Yang tak mungkin menjadi nyata. Aku perlu mengakui bahawa lelaki ini terlalu banyak mempengaruhiku dan tiba2 menjadi sangat penting dalam hidup seorang aku. Sangat!!
hari berganti hari...
Hati berbunga indah, jantung berdegup gundah.
Mengapa? Kenapa?? Timbul rasa yang aneh dalam diri seorang aku.
Kalaulah aku juga tahu jawapannya.
Mau bicara, takut salah aturan, mau dibiar aku jadi tak ketentuan. Rasa itu rasa yang dibina. Atas keakraban yang terjalin. Berkongsi suka, duka dan kegembiraan bersama. Sampai satu ketika sakit lelaki ini maka sakit lah aku. Namun sehingga detik ini….yang indah itu hanya sementara. Ternyata rasa itu hanya ada dalam diri seorang aku dan bukan lelaki ini. Aku hanya bermimpi untuk sekian waktu. Mengapa sebelumnya aku merasakan lelaki ini mendepa tangan seakan mengajak ku berdampingan. Kemudian bila ku mula berpaut dia mula menghilang . Mungkinkah aku keliru dengan kebaikannya itu? Mungkinkah dengan semua orang dia begitu…Cuma aku yang tidak tahu.
Yang pasti aku yakin dan sangat percaya segala yang aku rasa semuanya datang dari Allah. Ku juga yakin setiap aturan Allah itu ada sebab musababnya. Kenapa Allah menemukan aku dan lelaki ini??? Merapatkan aku dan kemudiannya menjauhkan dia dariku? Allah Maha Pengatur (Ar-Rabb). Dia maha berkuasa mengaturkan setiap pertemuan dan mengaturkan setiap perpisahan. Dan aku redha pada aturanNya.
Namun hati sering tertanya-tanya siapa aku dalam hati lelaki ini? Sangat keliru. Sangat. Bila kucuba berlalu pergi dia mencari, bila ku setia disisi dia menghilang. Adakah aku sekadar teman persinggahannya? Suka-suka datang…suka-suka pergi. Iyakah begitu??? Kalau benar begitu aku benci diriku…kerana membenarkan ia berlaku. Bingung…aku terlalu naïf untuk mengerti hati seorang lelaki. Atau sengaja tidak mahu mengerti.
Mungkin lelaki ini tanpa sedar telah mempermainkan hati seorang aku. Sedarlah dan tolonglah fahami aku. Mengapa menanam bunga di taman indah. Menabur benih, memberi baja, menyiram tanaman, menyentuh dan membelai mesra tanaman hingga ia mekar dan subur. Tetapi kemudiannya membiarkan bunga yang mekar itu layu dan gugur sendiri. Di sunting tidak mahu…dibuang sayang. Begitu jua aku…
Kekosongan menjelma lagi. Menyalahkan lelaki ini tidak sekali. Menyalahkan aku itu sebetulnya. Allah telah menyediakan jawapan sejak sekian lama. Tetapi kedegilan memaksa aku harus melalui semuanya dengan amat payah. Pembeda telah dibuat sejak awal lagi…mengapa tidak dituruti? Ampuni aku Ya Allah dan kurniakan aku yang haq. Yang berada di jalan yang sama dengan ku…jalan mendaki lagi sukar. Amin.
sedap betul penuliasn saudari ini...saya kira ianya datang dari hati dan perasaan saudari sendiri, kerna karya nya begitu indah walapun coretanya tak seindah yang nyata...Sabarlah saudari pasti yang terbaik sedang menanti...
Tina...ada kalanya apa yang kita harapkan itu bukannya milik kita. Dan ada ketikanya apa yang kita rasakan itu bukan milik kita, tapi sebetulnya akan menjadi milik mutlak kita. Cuba masa yang akan mementukan samada ianya cepat atau lambat.
Tina....
satu masa dulu awak pernah menasihati seorang teman kala teman itu menghadapi situasi begini. Alhamdulillah, kesudahan yang baik utk dia. dan harap awak juga memperolehi kesudahan yang baik.
Tq...insyaAllah. i akan baik2 saje. Cuma kadangkala perlukan satu tempat utk diluahkan. "aku bukan superman".. :)
"mendepa tangan seakan mengajak aku berdampingan .. "
"mau bicara takut salah aturan..."
jeng jeng jeng
i rase u dah terkena penyakit sutra bayangan
hahahaha......
hehehehe...... :-D
huhuhuu....yup, i da terkena penyakit sutra bayangan fiya. he3x
hahahaha...
oh tina tidak ku sangka rope2 nya ko jua seorang yang jiwang2 gitu...
kata2 bicara mu agak puitis bisa menyentap hati dan merobek2 isi hati ku ini...hahahahaha..
SYABAS2 dgn isu yang menjadi persoalan kepada ahli2 KGS..
beb...me luar je nampak ganaz, tp dlm hati ada taman negara, zoo negara bagai. huhuhu