"Ya Allah sesungguhnya ini adalah malam (siang)-Mu yang telah menjelang dan siang (malam)-Mu yang tengah berlalu, serta suara-suara dari penyeru-Mu, maka ampunilah aku. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (di jalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syari'at-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya..."
Hari Jumaat msg ku berbunyi ring..ring..ring. Ku lihat ku baca dari nombor yang tak ku kenal.
“Salam friends of izlene. A b’day invitation. I’m organising a makan2 for her close girlfriends ONLY this saturay 20th March @ 8pm till midnite. Theme colour & gift/present is GREEN. Pls rsvp by 2moro 5pm. Add : 25, jln mutiara …. P/S carpool or get ur hubby to drop u. Parking war :p”
Hmm…msg dari hubby Iz. I’m just reply ok. Pastu baru fikir ada ke baju berwarna hijau? Rasa mcm takder, so akan ku beli nanti bersama hadiahnye.
………………………………………………………………..
Sabtu pagi ke midvalley nak cari barang idamanku sambil cari baju kaler hijau dan hadiah Iz. Ku pergi bersama itu encik. Agak blur2 & serba salah je nak pergi. Kenapa? Entahlah. Mungkin sebab ku rasa memang dah tak patut pun. Dah cakap xyah keluar berdua lagi… tapi itu encik kan sangat degil. Hmm…wat mcm biasa ajelah. Beli barang je pun.
Sampai di midvalley ke hulu ke hilir cari barang idaman ku. Naik penat dibuatnya. Itu encik pun da rimas. Dia xcakap pun tapi kutahu. Ku jadi blur n xboleh decide nak beli yang mana satu. Pening sendiri. Last2 x jadi beli barang idaman ku itu.
Pastu masuk kedai baju. Cari baju ala kadar je, sbb xmahu encik yang temani aku tu tunggu lama. Tp masa pilih hadiah untuk Iz aku blur lagi…nak hadiahkan ape? Mulanya kulihat lilin yang cantik…ambil, letak, tanya itu encik...dia kata ok. Tapi ku tak puas hati jugak. Blur lagi…sampai dia pun komen “nape blur nih??” ( Huh..tak tahukah dia yg ku blur sebab dia jugak??) Last2 ku beli coklat aje then balik nanti baru balut ngan pembalut hijau. Habis cerita.
Balik rumah ku cuba baju yang dibeli. Ala nape rasa serba tak kena je ni. Nampak tak cantik pulak? (Inilah hasilnya kalau beli dalam keadaan blur…huhuh) Pastu tgk dalam almari kot2 ada baju yang lain. Rupanya memang ada baju kaler hijau. Bukan satu tapi 4 helai baju kaler hijau, termasuk satu yg belum pernah dipakai. Aduss…nape tak ingat? Rugi aje beli tadi. Xpe lah…buat koleksi aje baju tu.
Sampai rumah iz ku sangkakan tak ramai org. Rupanyer tidak… agak ramai jugak jemputannya dan ramai yg tak kukenal. Alamak…segan nih. Tebalkan muka jelah. Sampai je terus makan. Malu nanti lapar. Tgh syok makan stop sekejap. Mereka di situ nak nyanyikan lagu b’day & tiup lilin. Ku lihat jam di tangan blom pun pukul 12. Hmm…maybe nanti ada yang nak balik awal kot. Oklah…xkisah pun.
Maka berkumandanglah lagu “hepi b’day” untuk iz. Tak cukup dengan tu satu lagi lagu “Allah selamatkan kamu” disumbangkan oleh org2 yang datang. Da mcm citer P. Ramlee da. Ingatkan selepas itu boley sambung makan. Rupanya tak. Semua orang kena main game? Wah game ape lak ni. Slalu mengerahkan budak2 je main. Ni diri sendiri kena main. Alamak…potong stim nak makan lah.
First game sangat menarik. Passing bola golf tapi tak leh pegang. Bola golf tu diletak bawah dagu dan kena pas pada kawan dalam team. Bayangkan lah…mcm mana nak wat tu. Seronok, tapi berlaku juga aksi yang geli2. Lebih2 lagi bila bola golf tu meleret-leret ke tempat yang tak sepatutnya. Huhuh…geli seh. Sib baik semua girl2 aje. Yang paling best my team menang game nih.
Lepas tu banyak lagi game2 lain. Sangat seronok dan kelakar je. Semua orang pun sangat sporting. Riuh rendah seisi rumah. Mujur takder jiran yang report polis dek kebisingan itu. Huhuhu… Jam ditangan dah kol 12 lebih. Ku dan teman2 lain minta diri utk pulang.
…………………………………………………………………..
Otw balik baru check hp. Alamak ada 3 miskol dan msg dari kakak iparku. Dia masuk hospital putrajaya khamis lepas. Something happend kah? Ku tak sedap hati. Lepas hantar teman2 yang lain pulang ke rumah masing2 ku terus meluncur dengan Mr QQ ke hospital putrajaya. Rasa sangat bersalah kerana tak sempat menjenguknya hari ini. Sampai hospital dah kol satu lebih dan sah2 tak dibenarkan masuk. Lagipun kakak ku da tidur. Ku msg kakak dan promise hari isnin petang akan menjenguknya.
Alang2 da sampai putrajaya ku pusing2 satu putrajaya. Hmm…dah agak expert dengan jalan2 di sini. Ku sangat suka Putrajaya. Kenape? kerana ia sangat menenangkan.
Jam di tangan dah kol 2.30 pg. Ku kerahkan MrQQ gerak laju untuk sampai ke rumah. Tiba di rumah lbih kurang 2.45. Sangat2 penat. Ku setelkan semua yang patut sebelum tidur then zzz….dengan aman dan harapan ku akan bermimpi yang manis2.
…………………………………………………………..
Hari ahad ku keluar lagi dengan itu encik. Kenape? Sebab ada beberapa janji yang perlu ditunaikan. Janji ape? Janji manis mu. :p Hari itu ku tak blur lagi. Dah ok sikit. Walau penat tapi fikiran ku tenang saje. Tak sempat berfikir banyak gamaknya sebab terlalu penat. Bagus jugak begitu.
Ku happy sgt sbb akhirnya dapat barang yang ku cari. Lagi happy bila ku dapat barang2 lain jugak. Cuma agak kurang happy kerana itu encik da sembunyikan sesuatu. Hmm…ape lagi yang nak disembunyikan? Hmmm..… Biarkan saje…tak mahu berfikir lagi. Niway, tq yer encik 4 everything you do 4 me. You are my best frenz 4ever (^_^)
The sky is full of stars But the moon is you The earth is full of friends But the best is you To forget me is up to you To forget you I will never do...
Entah bila lelaki ini hadir dalam hidup seorang aku. Hadir di kala aku dalam kekosongan. Lelaki ini yang kukenal sekian waktu. Namun sangat jarang berbicara. Sekadar hai-hai dan bye-bye. Sepatah dia bertanya…sepatah jua jawapanku. Tiada apa pun yang menarik tentang lelaki ini. Dia orang yang asing bagi ku. Sangat asing…terlalu asing.
Tetapi keadaan mulai berubah. Entah bila dan entah bagaimana ia bermula. Permulaan yang secara tiba2.
Dia : askum aznitina, wat pe? Jom kua mkn n cr brg nak g …. lau sgn ajak la …
Me : hubby dia blk la. U nk g beli kt mana?
Dia : jom g balakong ke nak g kl?
Me : kl kat mana? I xkisah mana2 pun. U nak dtg bik I ke?
Dia : lau u nk I dtg ambik u la. I kat srdg ni. Br lik opis. I nk cari track suit n beg galas.
Me : I pun nk cr beg jugak. G balakong je la eh. U bik I, tp I lom siap ni.
Dia : I dtg bik u la. Kul brapa u siap?
Me : 8.30 ok?
Dia : okay , t I dtg
……………….
Dia : u ada duit x? nak pinjam leh. Emergency. I kat srdg, nk dtg skrg leh?
Me : Nak pinjam brape? (sambil risau dlm dompet betol2 ada 50 je ni)
Dia : I nk pinjam 50 iggt leh?
Me : (lega) Boleh, datang lah.
Dia : U, thank a lots tau. Jasamu dikenang.
Me : Everything 4 u. berkenalanlah ngan member I tu. I suh dia layan u 1st class.
Dia : Yg bdn bsr tu ke? Ixnak org len, nk u je. Hhuhuh. Member I okay. Luka n lenguh badan je.
Me : Haah. Namanya yani. I suh dia layan member u je, bkn u.
Dia : I dh sampai umah da ni. Td I tepikir u je nk mtk tlg. Sib baik u ada kat umah. Lau x tak tau sape
Me : Ye ke? Ha lps ni u pikir I je lah. Xyah piker org len tau...
………………..
Dia : Salam tgh wat ape?
Me : I ngan member I kat astro.
Dia : Owh, tgk konsert ek. I dpt gak pas tp mls nak pegi. Lambat g la u lik ek?
Me : U ada pas? Dtg la, I tunggu sini.
Dia : okay gak.Ti i dtg ngan kawan i. jumpa kat sana ek
………………
Then the happiness goes on…. :))
Yang jarang menjadi kerap. Yang asing menjadi mesra. Yang tak mungkin menjadi nyata. Aku perlu mengakui bahawa lelaki ini terlalu banyak mempengaruhiku dan tiba2 menjadi sangat penting dalam hidup seorang aku. Sangat!!
hari berganti hari...
Hati berbunga indah, jantung berdegup gundah.
Mengapa? Kenapa?? Timbul rasa yang aneh dalam diri seorang aku.
Kalaulah aku juga tahu jawapannya.
Mau bicara, takut salah aturan, mau dibiar aku jadi tak ketentuan. Rasa itu rasa yang dibina. Atas keakraban yang terjalin. Berkongsi suka, duka dan kegembiraan bersama. Sampai satu ketika sakit lelaki ini maka sakit lah aku. Namun sehingga detik ini….yang indah itu hanya sementara. Ternyata rasa itu hanya ada dalam diri seorang aku danbukan lelaki ini. Aku hanya bermimpi untuk sekian waktu. Mengapa sebelumnya aku merasakan lelaki ini mendepa tangan seakan mengajak ku berdampingan. Kemudian bila ku mula berpaut dia mula menghilang . Mungkinkah aku keliru dengan kebaikannya itu? Mungkinkah dengan semua orang dia begitu…Cuma aku yang tidak tahu.
Yang pasti aku yakin dan sangat percaya segala yang aku rasa semuanya datang dari Allah. Ku juga yakin setiap aturan Allah itu ada sebab musababnya. Kenapa Allah menemukan aku dan lelaki ini??? Merapatkan aku dan kemudiannya menjauhkan dia dariku? Allah Maha Pengatur (Ar-Rabb). Dia maha berkuasa mengaturkan setiap pertemuan dan mengaturkan setiap perpisahan. Dan aku redha pada aturanNya.
Namun hati sering tertanya-tanya siapa aku dalam hati lelaki ini? Sangat keliru. Sangat. Bila kucuba berlalu pergi dia mencari, bila ku setia disisi dia menghilang. Adakah aku sekadar teman persinggahannya? Suka-suka datang…suka-suka pergi. Iyakah begitu??? Kalau benar begitu aku benci diriku…kerana membenarkan ia berlaku. Bingung…aku terlalu naïf untuk mengerti hati seorang lelaki. Atau sengaja tidak mahu mengerti.
Mungkin lelaki ini tanpa sedar telah mempermainkan hati seorang aku. Sedarlah dan tolonglah fahami aku. Mengapa menanam bunga di taman indah. Menabur benih, memberi baja, menyiram tanaman, menyentuh dan membelai mesra tanaman hingga ia mekar dan subur. Tetapi kemudiannya membiarkan bunga yang mekar itu layu dan gugur sendiri. Di sunting tidak mahu…dibuang sayang. Begitu jua aku…
Kekosongan menjelma lagi. Menyalahkan lelaki ini tidak sekali. Menyalahkan aku itu sebetulnya. Allah telah menyediakan jawapan sejak sekian lama. Tetapi kedegilan memaksa aku harus melalui semuanya dengan amat payah. Pembeda telah dibuat sejak awal lagi…mengapa tidak dituruti? Ampuni aku Ya Allah dan kurniakan aku yang haq. Yang berada di jalan yang sama dengan ku…jalan mendaki lagi sukar. Amin.
Kita adalah sebuah keajaiban. Kita harus selalu menyedari bahawa kita memiliki Allah, sumber segala keajaiban yang sering memberikan hal-hal ajaib bagi kita.
The sky is full of stars
But the moon is you
The earth is full of friends
But the best is you
To forget me is up to you
To forget you I will never do...