Aisya
Dulu sangat jarang menonton TV. Kini...tempat yang sangat best untuk merehat-rehatkan diri adalah di depan TV. Dan cerita yang sangat best untuk di layan buat masa ini adalah Gelora di Hati Sara musim ke-2. Hmmm...tak tau pun ada musim pertama.

Baru tengok semalam, dah episod ke berapa pun tak tahu. Walau tak tau hujung pangkal cerita... (huhuh...kesian kan)... tapi ceritanya sangat menarik perhatian. Suka tengok Sara. (^_^)

Now
, sedang cuba download episod2 yang lepas.




Setiap Rabu, TV2 Jam 9.30 malam...Enjoy :)
Aisya


Labels: 0 comments | | edit post
Aisya
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya

Melalui hari-hari yang payah. Menghitung setiap detik, setiap saat....hari ini cepatlah berlalu... :(

Aisya
Setelah beredar dari rumah pengantin maka bermula cerita jalan-jalan suka hati oleh group lady gagap...ngeh3x...

1st Destinaton : PCB



Cuba teka milik siapakah bayang-bayang ini?

Sangat indah pemandangan di tepi laut. Fin & sue siap main layang2 lagi. Punya excited ngalahkan budak2 kat situ. Xpelah kasi can budak bandar main layang2. Kitorang pun leh tumpang sekaki.




Setelah penat bermain layang2....perut pun sudah berbunyi-bunyi, so times to isi perut sekarang. Makan ringan-ringan je untuk alas perut.


Terbuntang mata minah ni. Semua benda nak ambik.

Setelah puas di PCB, next destination adalah kedai makan Chim Chum (me sebut cium-cium..heh) Makan lagi....huhuhu. Actually me & fin (+ deq non + dak ain) pernah datang kedai makan ni masa kenduri nashuhada dulu. Makanannya sangat2 lah sedap. Sebab itu datang lagi. Lagipun sue & k.fizah belum pernah makan...so bawak diorang rasa. (wah tetiba promote kedai ni, boleh dapat royalti tak???) . Lupa-lupa ingat lokasi kedai ni akhirnya jumpa juge. "Food Village" nama kedainya. Makanan ala steamboat dan bakar. mmmm....yummmy.




Me adalah orang yang paling banyak makan malam tu. Cam ada bela jin plak dalam badan. Paling best makan daging. Siap bertambah-tambah. Hmm...sudah hilang pantang larang. Biar aje...xde sape larang.

Lepas makan next destination : Wakaf Che Yeh. Times to shopping2 & menjamu mata. Shopping ala kadar sahaja di situ.
(tapi sempat la jugak gaduh-gaduh dengan tokey kain...gara2 silap harga....huhuhu) .

Kol 12 lebih, baru balik semula ke hotel. Semua orang sudah sangat penat dan kekenyangan. Sampai hotel bestnya ada parking kosong betul2 depan hotel. Akan tetapi... tertulis di situ "Zon Kunci Tayar". Aduyai...malasnya ku nak parking kat lorong belakang. Lagipun takut pun ada. Gelap sangat lorong belakang tu. Setelah berfikir, maka mengambil keputusan untuk parking je di situ. Lagipun esok pagi-pagi dah nak chek out. Mesti diorang tak sempat nak saman. Semua orang pun setuju. Sampai bilik terus zzzzz.....dengan nyenyak sekali.

Esoknya check out lebih kurang kol 10.30 pagi. Sampai je di kereta.....tadaaaa... (bunyi muzik)




Huhuhu....kasihan nyer Mr QQ.... kena clamp. Waktu saman 10.00 pagi. Alahai... terlewat sikit je. Denda RM ratus, aduyai...banyaknyer....isk..isk.. Ramai betul orang yang melihat kereta ku bagaikan ada pesta di situ sedangkan me & lain2 hanya tersenyum2 sumbing dan buat2 poyo cam takder pape masalah sambil mengambil gambar. huk..huk..huk.. (i dont like this)

Apa nak buat, terpaksalah menapak ke MP** untuk setelkan bayaran. Sib baik tak jauh dari hotel. Sib baik juga sue ada kawan yang keja di MP** tu. (TQ yer kawan sue....di atas pertolongan anda)


Aksi Sue sedang membayar saman
Pabila dah setel, next destination : patutnya Pasar Siti Khatijah. Tapi disebabkan kena saman + jem + susah nak cari parking, semua orang batalkan hasrat tu. We all terus ke Pengkalan Kubor. Shopping2 dan menjamu mata hingga ke pukul 2 lebih.



Budak bandar ni cam pelik je tengok makanan tu.

Last destination - rumah sue untuk makan tengahari. Mak sue masak memang sangat sedap. Siap bungkus bawak balik KL. Setelah solat & rileks2 sekejap, kol 4.30 petang baru bertolak balik ke KL.


Me drive hingga ke Gua Musang. After that Fin mengambil tugas untuk memandu pulang pada malam itu & me hanya tido dengan senang hati di belakang (dalam hati tetap berdoa....agar selamatkanlah perjalanan ini, jangan lah fin membuat aksi giler2 nyer...huhuhu) Akhirnya....lebih kurang kol 1 pagi (lambat sebab jalan jem) , semua selamat sampai ke KL. Amin.

Cerita jalan2 suka hati ini tidak tamat di sini, ia akan bersambung ke negeri lain pula selepas ini. (^_^)
Aisya
Destination : KB- Ketereh

Mission : Meraikan Walimatulurus
Transport : My L
ovely Mr. QQ
Group : Lady gagap huhuhu.. (Fin sharkfin, sue, m
ak aji aka kak fizah & of course Me)



Bertolak seawal 9.00 pagi (sepatutnya kol 7.00 pagi …tapi jadi tak patut sebab beratnya nak buka mata & nak bangun dari bantalku yang empuk tu). Kesan daripada kelewatan itu makanya ku terpaksa menahan telinga mendengar bebelan daripada fin & sue selama beberapa minit....huhuhu. (redha jelah, sebab salah sendiri kan....sorry yer kengkawan). Setelah puas mereka melontarkan hujah2 amarah...maka perjalanan ke KB pun diteruskan.


Perjalanan yang tenang dan best. Tanpa rasa ngantuk & tanpa alkohol. Turut di sulami lawak2 sengal dan adegan2 yang kurang sesuai untuk tontonan umum membuatkan perjalanan sangat menggembirakan. Sebenarnya agak berat juge tugasku ini kerana membawa isteri2 orang dan anak orang. Ditambah dengan pesanan sebegini daripada suami orang tu "azni...jaga isteri i baik-baik yer" huih ...stres2x. Kalau seorang diri takder masalah, boleh pecut selaju mungkin.

Setelah beberapa KM dan beberapa jam melalui onak dan duri dan walaupun GPS di sebelah ku tak berapa nak berfungsi, asyik silap jalan aje...(ngeh3x...jangan marah), akhirnya ku & d'geng sampai juga ke destinasi dengan jayanya. Sampai KB petang-kol 5 lebih dan terus check in.

Malam keluar makan2 di wakaf che yeh-yeh (sila buat intonasi suara kumpulan Amuk ye...he3x). Makan bersama Pak Aji (bukan nama sebenar) + Muiz + Nani + pengantin baru. Lepas makan pegi rumah sue hantar barang. Balik semula ke hotel dah kol 12 lebih & terus zzzz….dengan nyenyaknya. Kerana ku sangat kepenatan.



Esok pagi – berehat2 sahaja di hotel sementara Mak Aji dan Pak Aji gi shopping di pasar Khatijah. Kol 1 baru bergerak pergi ke rumah pengantin di Ketereh. Sampai2 je kat rumah pengantin terus menikmati makanan yang sangat lazat. Kemudian dengan sabar menunggu ketibaan pengantin baru. Beberapa jam kemudian...akhirnya pengantin muncul dengan wajah ceria.








Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -



Tahniah kepada pengantin dan TQ kepada tuan rumah terutama mak pengantin yang sangat mesra melayan tetamunya.

4.30 petang : Mission complete. Ku & kengkawan lain mula beredar untuk meneruskan mission yang lain. Mission jalan-jalan cari pakwe...opsss...jalan2 suka hati. Sampai di sini sahaja buat masa ini. To be continue...(^_^)



Aisya

Sedang melalui hari-hari yang sakit. Sejak balik SHoP terus selsema + batuk + sakit tekak + demam :( Nak cepat sehat kerana selepas ini akan berjalan jauh dan menempuhi jalan yang sangat panjang. Chaiyok...chaiyok...
Aisya
Theme:
Our Malaysia Our World

Venue:
Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor

Date:
5th - 6th June 2010

Activities:
Mini explorace
jungle Trekking
Flying Fox
Singing, Dancing, Acting






Aisya


Cerita yang sangat best. Ianya tentang masa...kalau dapat ku undurkan masa alangkah bagusnya. Tengok cerita ni takkan rasa rugi pun. (^_^)
Aisya
Pink..pink...

Minggu ini ku akan menyibuk-nyibukkan diri ke
School Holiday Programme (SHoP)
@ Taman Bukit Cahaya, Shah Alam.
Adik-adik semua jumpa
faci Az di sana yeh. :)


Tetiba teringatkan anak-anak saudara. Diorang suka nyanyikan lagu ini untukku.

Ingat ingat itu remember
Jangan lupa itu dont forget
Aku cinta kamu i love you
Hanya engkau only you.

Apa khabar itu how are you
Aku rindu engkau i miss you
Aku cinta kamu i love you
Hanya engkau only you

(^_^)
Aisya




Pabila sedang marah tak boleh menulis kerana akan terhasil
bahasa-bahasa yang sangat tak best.
Labels: 0 comments | | edit post