Aisya
Ermm…dah agak lama berehat dan tak update my blog (kalau tengok post sebelum ni berehat seketika sahaja....ni da hampir beberapa ketika dah ni). Kenapa? Kerana penyakit M A L A S melanda dan kerana xde feel untuk bercerita. Sebab lain kerana ku pergi bercuti 2-3 hari ni. Percutian yang tak dirancang pun. Percutian yang secara tiba-tiba dan akhirnya sedar-sedar ku dah sampai di sana.

Jauh dari kesibukan bandaraya. Jauh dari internet, fesbook dan blog. Jauh dari semuanya yang sesak, lemas, cemas dan rimas (agak melampaukan penggunaan ayat ni...huhuhu). Di sana ku lihat panorama yang sangat indah, yang chantek, sejuk saujana mata memandang….lantas terus kujatuh chinta dan menghilangkan rasa gundah di dalam hati.

Hmm…biarlah gambar berbicara kali ini ape aktiviti ku buat dihujung minggu yang lalu. (^_^)

---------------------------------------------------------------------------
Di hentian ini ku berhenti


Di hentian ini ku berhenti
Melepaskan rasa lelah di hati
Melepaskan rasa kusut dalam diri
Melepaskan segala yang tersimpan rapi


Di hentian ini mata ku salju
Melihat lautan yang membiru
Gelora badai tak kira waktu

Di hentian ini hatiku damai
Melihat kehijauan alam
Begitu indah ciptaan tuhan


Di hentian ini jiwaku tenang
Laksana burung yang bebas terbang
Tak kira malam atau siang




Dan di hentian ku berhenti.......Agar ia menjadi saksi
Ku noktahkan segalanya di sini .... (^_^)


-----------------------------------------------------------------------

Bila Langkah Terarah Lagi

(Puisi nukilan Fiya)



Kalau dulu ku titipkan seloka luka

Kini ku lambaikan senyum bahagia
Mengiringi rentak tari pahlawan
Tika langkah mulai memisah
Tapi rentak hati kita
Terpalu oleh gegar yang menghambat
Mengisi raksa dalam setiap relung jiwa
Menutup ruang hati dari menduka lara


Ingatlah ...
Di pentas mana pun kita menari
Tari kita tari asli
Asli nya tari gentayangan
Bijaklah mengatur budi
Mimpi kita bukan hanya angan-angan

Atas nama cobaan yang mematangkan
Kita berdiri lebih tinggi dari kalangan
Atas nama cinta yang menghangatkan
Kita siap lebur lagi dalam kedinginan
Bukankah ini satu kemaslahatan

Menyatulah wahai hati-hati yang tenang
Sertakan ruku’mu dengan keta’atan
Sembahkan sujud mu dalam barisan
Artikan syukurmu dengan keikhlasan
Relakan badai menggoncang
Biarkan anjing menggonggong
Toh yang mereka ada cuma omong kosong

Tari kita tetap lincah
Walau kita tak lagi dekat
Hati kita tetap melekat
Melabuh amanah di lain muara
Menyambung gerak tari di pentas dunia


Dulu ku titipkan seloka luka

Kini ku lambaikan senyum bahagia

Bila langkah terarah lagi

Itulah tanda pentas kita lebih tinggi..



Raja dihilir tongkatnya sakti
Sakti berasal dari kayangan

Memacu gerak perwira bakti

Memasung waktu buat tantangan

Salam disambut kuhulur tangan

Tanda ikatan tak pernah renggang

Sandarkan indah pada kenangan

Sampai ketemu di lain gelanggang



Aisya
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya
Pernah rase bosan tak bila takde keje kat umah duduk melangut je pastu bila bangun tidur terus memandang atap dengan mata yang berkedip-kedip lalu berkata, "Ape aku nak wat hari ni?".

Erm..! Sah sape-sape yang rasa camtu tengah dying kebosanan.


Tengok tv takde siaran menarik. Adapun Melodi tapi lambat lagi. Nak keluar bermalas-malasan pulak ditambah takder geng nak keluar. Semua kengkawan ku keje hari ni. Basuh kain sudah + jemur + lipat + gantung dan tersusun indah.

Nak kemas rumah udah berkilat lantai sampai boleh buat cermin muka. Nak buat kek, kena pinjam oven. Nak tanam bunga takde pasu lagipun ada mat-mat indon tengah renovate rumah sebelah…nanti kena ngurat pulak. Nak jalan2 cari pasal nanti tak pasal-pasal kena lagi. Nak membeli belah poket tengah kering. Aaaaah! Ku akan mati kebosanan!!


So, ape nak buat ni?

Agenda hari ini:

- Habiskan baca novel (dah lama...tak habis2 lagi)
- Buat minit mesyuarat minggu kualiti (uii…tu pun nak bagitau komited la konon2nyer)

- Check email
- Check friendster
- Check facebook
- Update blog
dan memulakan sesi jelajah minda membaca karya-karya blog yang berbagai- bagai ragam dan fill.
- Menonton movie Iron Man / IP Man (yang ni bergantung kepada tahap kerajinanku)
- Menghabiskan kerja-kerja untuk ASPEN-> cari maklumat untuk School Holiday Program 4

Hmm…agak banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat rupanya. Dan baru ku terasa rumah adalah tempat yang sangat best untuk beristirehat. Dan dalam keadaan yang tenang begini juga membolehkan ku berfikir dangan tenang. Mententeramkan diri sendiri dan memandang positif sahaja tiap kejadian yang berlaku pada diriku.

Setiap perkara ada jawapannya. Dan jawapan itu pula dari sumber yang sangat pasti kebenarannya.



-----------------------------------------------------------------
KENAPA AKU DIUJI?

Quran Menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN

Quran Menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Quran Menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat: 286)

KENAPA RASA KECEWA?

Quran Menjawab :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Quran Menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat: 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Quran Menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " (Surah At-Taubah ayat: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Quran Menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

Quran Menjawab :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat: 12)

At the end…ku hanya tersenyum… (^_^)


Aisya

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan

Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri

Di sini...

Tetiba tertarik dengan rangkap lagu "Tanya sama itu hud-hud"nyanyian M.nasir.

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat sesuatu dari mata burung, open minds dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Rangkap seterusnya menceritakan kekalutan yang timbul. Kenapa ia timbul? Kerana peraturan yang sewajarnya tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia itu sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!" Di dunia yang penuh kalut ini.

Aisya


Sedang menimbang tara adakah perlu ku tutup blog ini?? Why?? Kerana ku tahu adakala apa yang cuba ku sampaikan melalui blog ini sudah disalah ertikan dan post yang ku tulis mengundang persoalan yang sangat banyak dan membenarkan orang-orang lain membuat telahan dan kesimpulan sendiri.

Bila dibelek2 semula semua entri didalam blog ini…ku sangat yakin dan sangat pasti tiada satu pun nama pernah kucoretkan di setiap cerita ku atau di setiap puisi2 sengal ku. Namun kenapa ada yang cuba menamakan sendiri??? Pastikah dengan jawapan itu??? (Hmm…mayb silap ku jugak kerana tak pernah menamakan sesiapa)

Suatu masa dahulu itu Encik WPP pernah berkata : “jangan orang susah pasal kita…biar kita susah pasal orang” ku pegang nasihat itu dari dulu. Seboleh mungkin ku cuba agar tidak menyusahkan orang lain. Tapi sekarang tidak lagi. Ku ingin tukar konsep itu. “biar orang susah pasal kita…jangan kita susah pasal orang” . Malas nak ambik kisah da…biarlah orang-orang lain sibuk dan bersusah payah membuat kajian, penyelidikan dan berbahas tentang diriku. Aku tetap aku…meneruskan kehidupan seperti biasa. Menulis blog seperti sedia kala. Ku sudah terlalu penat...
Aisya
Hmm....tetiba namaku menjadi sangat glamer at my office? Why??? Glamer yang baik takder masalah...glamer yang buruk itu yang mengguris hati.

Takder mood lagi untuk bercerita. Me akan cerita nanti bila itu mood sudah mari.

Ramai orang boleh buat spekulasi bukan2. Campur tolak bahagi darab cerita semut da boleh jadi dinasour...feel so bad...so bad.. :(

Kesian my friends coz mereka menjadi sasaran orang-orang ini. I'm so sorry...tak pernah tersangka begitu sekali effect nyer. Tapi orang yang anda patut percaya is me. Mungkin thing become worse becoz i diam je (huh ape ni tina cakap campur2??? cakap melayu jelah!!!) Diam kerana me malas nak panjangkan cerita...

Tunggulah...me akan cerita face to face pada kalian semua. Atau me akan coretkan di sini...tapi bukan hari ini kerana itu mood memang tak ader. Sedang kelaparan...huhuhu
Labels: 1 comments | | edit post
Aisya

Upss…kenapa tetiba ku nak bercakap pasal bantal neh? Adakah kerana ramai kengkawan ku telah membeli banyak bantal di Cameron Highland dan ku jeles??? Atau adakah bantal di rumah ku sudah sangat nipis dan perlu beli baru ??? Huhuh…

Anyway…tetiba teringat bantal busuk masa kecik2 (me tak terlibat ok…tapi my sister ada). Kalau hilang bantal tu dia punya mengamuk ya Ampun. Tapi sekarang dia tak punya bantal busuk lagi…mayb dah ada bantal lain untuk di peluk.. huhuhu. Ada tu sampai besar pun masih tersimpan bantal busuknyer. (erm…at my office pun ada seorang…opss…(^_^)

Banyak cara orang menggayakan bantal peluk aka bantal busuk ni. Tiap gaya ada ceritanya. Tiap cerita ada wataknye.

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal ketika tidur, biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

My Comment : Tak related langsung peluk bantal ngan jiwa seni. Me rasa dia sangat sejuk dan perlukan bantal untuk dipeluk, baru nyaman.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka yang berada dalam kategori ini, biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian, mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

My Comment : Sebenarnya orang sebegini ada duit lebih untuk beli bantal dengan banyak atau teruja dengan bentuk bantal yang sgt chantek dan unik (seperti bantal stroberi…huhuh)

3) Tidur dengan satu bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

My Comment : Orang begini sebenarnya sangat rimas bantal banyak2.

4) Meletakkan Bantal Di bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

My Comment : Huh orang begini tak tahu nak guna bantal dengan betol! Kalau dah bantal tu bantal la…bukan alas kaki (Huhu…tetiba emo)

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

My Comment : Kesiannyer…kedekut la tu nak beli (huhu..emo lagi)

~ Me kategori satu bantal dan cam kena je perwatakannya. Plus sangat baik hati… huhhuu (puji diri sendiri…nasiblah …this my blog kan (^_^) ~ org lain sila puji diri sendiri di blog masing2…okay.

Aisya
I try so hard not to love you
to not even care…
Sometimes I wish I could just pack up my feelings
and act as though you aren't there.

I try so hard not to care
...
With all those your words
I try not to be affected by your word

Sometimes I even succeed in blocking you out of my mind - just for a while…
But then, Thoughts of you come rushing back into my mind
And all I can do is smile…



I’m keep trying,

Harder and harder and harder...
I do really want to forget everything about this...about you
I do really try not to care what people said about me
But their words keep hurt my heart…
again and again...

At the end, no matter how much I try not to care,
I just can’t
I still care about you

At night you’re the last thing I think about… and
the first thing I think about when I wake up
Everything just because I love you…
The way you are…

Aisya

Aku telah menulis sebuah puisi
Tentang kekesalanku padamu
Tentang gelora yang melanda hatiku
Agar kau lebih faham
Akan naluri wanitaku
Namun aku tak mampu
Menjalinkan bait-bait puitis
Seindah yang mungkin
Agar tidak tersentuh hatimu
Tika menatap puisiku
Lantas aku masih begini
Terbelenggu dalam diri sendiri
Dan kau masih begitu
Kerana tidak pernah tahu
Apa yang bersarang dimindaku
Maka kesudahannya
Puisi itu tak pernah selesai
Hingga ke hari ini…
Seperti mana kisah kita
Yang tiada penghujungnya…
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya
Telefon berbunyi ring…ring..ring
Ku lihat hp ku dan tertera “mum hp”…. Huh?? Nape call subuh2 ni?

~sembang-sembang di dinihari dlm bahasa kebangsaanku~ (^_^)

Me:Salamualaikum…. Mak sehat? Tengah buat ape? Dah makan belum? Hari ni makan ape? Baru teringat nak telipon. (huhuhu…taktik lama sebelom kena marah...sbb dah agak lama ku tak telifon mak)

Mak:W’salam. Alahamdulillah sehat. Eh ingat lagi ada mak. (dussh…..tembakan pertama dilancarkan....alahai emak begitu sinis skali...huhu). Senyap sunyi je?

Me: Ala sorry le mak. Bukan tak mboh telipon , Cuma akhir2 bizi sket. Tapi org selalu tanya khabar mak pada kak lyn masa dok chating.

Mak: Ho la tu. Tanya ke kak watpo…mak ni rindu nak dengar sogho anak2. (dush..dush..kan mak dah kecil hati..tina..tina...ish) Balik dak minggu ni?

Me:Erm…dok kot. Minggu ni ada kenduri kawen member opis. Kat tapah tapi kitorang gi Cameron Highland dulu.

Mak:Hah molek la tu, lepas kenduri balik kg terus.

Me:Dok leh la. Org tido sana. Sampai ahad. Gi naik bas rombongan satu opis.

Mak:Hmmm…asyik dok gi kenuri kawan je. Kenduri sendirinye bile? (aduyai.…mak dah mula dah....)

Me: Tu lah…hari tu Abang anuar kata nak jumpa mak. Tapi dia pun bizi jugak. Dia tengah cari masa sesuai nak jumpa.

Mak: Haih…Abang Anuar mana pulak ni? Bukan kak lyn kata nama dia ******* ke? (haa…my kakak bagitau mak??…ciss..siapla kakak) Ish…ramai sangat ni. Hat mana satu? Jangan dok main. Dia nak mari bila? (panic nyer mak)


Me:Anuar Zain la mak. Dia kata bila “free” dia ikut orang balik la (dengan nada serius)

Mak:Budakkk ni!!! Bertuah! Eiiii....Tak berubah-ubah dari kecik sampai besar. Berangan je lebih. main-main.....bla..bla..n bla… (panjang sangat....penat nak taip dan dalam bahasa yang ku sendiri pun kadang2 tak paham..…huhuh)

Untuk seketika ku menjadi pendengar yang sangat setia. Takder ruang nak mencelah...huhuhu. Diantara leteran-leteran mak itu atau nasihat sebenarnya ada yang begitu menyentuh hati. Biarlah ku simpan sendiri. Di akhir kata mak akan akhiri dengan kata-kata yang dah boleh ku hafal.

Mak: Jaga diri molek, jaga makan, jangan biar perut kosong, jangan makan daging banyak sangat…riso darah naik…jangan….jangan..dan jangan… Nak tido kunci pintu, nak keluar rumah tu baca bismillah...nak itu… begitu…nak ini… begini……………lagi…..lagi……dan lagi..hello…dengar tak mak cakap ni?

Me: Yer … dengar. Baiklah (Jawapan ku ringkas dan padat)

Mak: Jangan dengar je, buat ape mak cakap tu?

Me:Yer, orang kan dah besar. (mencari kepastian dalam kata-kata itu…yer ke dah besar tapi adakala peringatan-peringatan sebegitu sangat bermakna kerana manusia sering terlupa...aku la tu…huhuhu). Mak, orang nak ucap selamat hari ibu. Moga mak panjang umur, sihat selalu, happy selalu, muda selalu dan dapat menantu kaya raya. Hehehe…sayang mak. Jangan nakal-nakal tau. Bila mak nak makan nasi minyak?? (“haih…budak nih” – kedengaran jeritan halus di hujung sana) Hehehe….

Setelah letak telifon termenung seketika. Teringatkan mak, teringatkan arwah ayah, teringatkan zaman budak-budak….teringatkan kampung halaman…

Mak selalu hadir dalam masa yang sangat tepat. Di masa-masa aku kecelaruan. TQ Mak…akan dipenuhi segala nasihat-nasihat itu. Cuma kadangkala ada beberapa keinginan mak itu di luar kawalan ku.

Buat ibuku Zam Rabiah @ Saadiah Jerais
Yang selalu risaukan aku
Yang selalu pening-pening keranaku
Dengarkan lagu ni khas buatmu….

Letih terlihat diwajah yang tua itu
Tertidur pulas dalam alunan gelap malam
Dibalik senyummu teduhkanku
Terbayang potret kala engkau masih muda
Ajarkan sebuah kata cinta dalam hidup
Kekuatan kasihmu nyata pulihkan jiwaku yang kadang goyah

Reff :
Pesonamu masih jelas kurasa hingga kini
Menemani hingga ku dewasa
Derai airmata dan pengorbananmu takkan tergantikan
Trima kasih ibu..

Waktu cepat bergulir
Sisakan banyak kisah
Dia yang kau cintai tlah lama meninggalkan dirimu sendiri
Namun tetap kau berdiri tegar pada dunia

Pesonamu masih jelas kurasa hingga kini
Menemani hingga ku dewasa
Derai airmata dan pengorbananmu takkan tergantikan
Trima kasih ibu..



Note
Watpo - Kenapa
Geno – Macam mana
Mboh - Mahu
Sogho -
Suara
Molek –
Elok-elok
Hat-
Yang
Mari -
Datang
Riso-
Risau
Labels: 1 comments | | edit post
Aisya


Dia itu sangat stress. Dan apabila dia stress, me otomatik akan menjadi takut. Nanti tak semena-mena akan kena tempiasnye tanpa dia sedar.

Tenang.....pikir satu-satu, selesaikan satu-satu bak mengupas kulit bawang (ewah sangat pandai bercakap...huhuh). Kalau dia tau mesti kena sound balik.

Here some tips turun-temurun untuk hilangkan stress. Bagi sesiapa sahaja yang sangat stres itu cuba amalkan senaman ni ye. Hanya ambik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini. Ikut la arahan dibawah betul2…Gambar mengikut turutan arahan.







1.Ni ala taichi sikit la…sebagai intro dan warming up..
2.Tiru la macam ni…untuk melegakan bahu dan leher..
3.Gerak kekanan kemudian ke kiri..
4.Ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
5.Tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..
6.Dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..
7.Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…buat macam takde masaalah…



8. Buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..
9. Hilangkan semua stress..
10. pusingkan kepala…
11. tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
12. Akhir sekali buat joget kucing…

Semoga stress anda hilang...
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya

Hajat di hati nak menjadi yang terawal tengok cerita ni. Tapi apakan daya tak berkesempatan. Xpe akan tengok juge nanti. Tapi ada yang kata cerita ni tak best mana pun. Grafik aje yang lebih. Iye kah? Hmmm...anyway kena tengok dulu baru tau. lagipun dah pernah tengok yang first, so mestilah kena tengok sambungannya.
Aisya
Labels: 0 comments | | edit post
Aisya

Buat semangatku yang semakin menjauh,
Kembalilah…
Kerana aku sangat-sangat perlu kamu tika ini.
Jenuh aku berlari mencari,
Penat aku berfikir sendiri.

Ke mana kamu???
Pergi tanpa pesan,
Menghilang tanpa ulasan,
Tanpa janji, bahawa kau akan kembali.



Semangatku,
Kenapa semakin menjauh?
Adakah kerana rajuk, atau kau sendiri sudah tidak betah bersamaku?
Kembalilah semangatku,
Aku perlu kamu.

Tanpamu aku hilang punca.
Mungkin kau lihat aku masih berdiri,
Tapi hakikatnya, diri ku tak tegak,
Goyah, seakan hampir rebah.

Tolong…
Jangan biar aku rebah,
Kerana perjalanan ini telah jauh aku redah,
Jangan biar aku goyah,
Walau terpaksa kenal erti payah.

Duhai semangatku,
Mari temaniku,
Terus bersamaku.

Iringi aku terus ke garisan penamat itu.
Kembalilah…..
Berjuang bersamaku.